
Surat Terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sehari sebelum digantung.
Kepada ibubapaku yg dimuliai dan taati serta dicintai siang dan mlm.
1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat.
Janganlah diingat-ingat dan dirayukankerana itu memang sudah nasib dan takdir
anakanda yang tak dpt dielakkan dan dimungkirkan lg.
2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikanlah segala pelajaran
sama ada Sunat atau Fardu kpd mereka.
3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara
ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan
minum anakanda.
4. Selimutlah jenazah anakanda dengan Panji kebangsaan Sarawak.
5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kpd Adik Aini.
6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dgn nama ROSLI sempena memperingati anakanda.
7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dr anakanda kpd ibu tua dan bapa saudara anakanda.
8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang utk bekalan istimewa ke alam yg kekal.
Salam sembah dr anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac 1950
"Seribu orang sahabat masih terlalu sedikit, tetapi seorang musuh sudah terlalu banyak" Luqman Al-Hakim
0 comments:
Post a Comment